Secara amnya tarikan
pantai merupakan sumber aktiviti pelancongan yang utama di Daerah Besut.
Antara pantai-pantai sediada yang menjadi tumpuan pelancong dan pelawat
ialah Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Dendong.
Antara aktiviti yang dijalankan di pantai-pantai tersebut adalah seperti
perkelahan, mandi-manda dan bersiar-siar di persisiran pantai.
Kawasan peraginan ini sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa
dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap petang dan hujung minggu
ataupun pada musim cuti.
Disini terdapat kemudahan seperti Hotel, Chaley, Pondok Telefon,
Gerai-Gerai Makanan, Taman Permainan kanak-kanak dll.
Pada setiap tahun kawasan peraginan ini sentiasa diadakan Pesta
Kebudayaan dan Kesenian bagi menyambut kedatangan para pelancong kesini. |
 |