PEJABAT TANAH BESUT

 

PANDUAN BERURUSAN AWAM


PEMOHONAN MENGGANTIKAN KETERANGAN
ROSAK / HILANG / PENUH RUANGAN

Penggantian bagi Hak Milik yang rosak atau hilang, samaada Hak Milik Pejabat Tanah atau Pendaftar ( Pengarah Tanah Dan Galian ) hendaklah melalui Pentadbir Tanah Besut.

Hak Milik sementara disediakan oleh Pejabat Tanah Besut.

Hak Milik Kekal akan disediakan setelah keterangan diterima daripada Pengarah Ukur Terengganu.

Cara memohon

Surat Permohonan boleh didapati di Pejabat Tanah Besut.

Surat sumpah semua pemilik bagi keterangan hilang.

Keterangan rosak mestilah dilampirkan bersama permohonan.

Urusan Pentadbiran

Untuk Keterangan yang hilang notis kehilangan terlebih dahulu dihantar kepada Jabatan Percetakan Negara untuk diwartakan.

Kes ini biasanya mengambil masa satu tahun hingga tiga bulan.

Penampalan notis kehilangan ditempat awam.

Permohonan mendapatkan keterangan baru di hantar kepada Pengarah Ukur selepas tempoh warta satu hingga tiga bulan.

Hak Milik Sementara disediakan oleh Pentadbir Tanah Besut.

Hak Milik Kekal disediakan setelah diterima daripada Pengarah Ukur.

Bayaran

Bil.

Perkara

Bayaran

1. Hilang : ( Hak Milik Kekal ) RM 40.00
2. Permohonan RM 05.00
3. Pelan RM 05.00
4. Surat Sumpah RM 05.00
5. Notis @ Seorang RM 03.00

Hak Milik Sementara

Bil.

Perkara

Bayaran

1. Permohonan RM 20.00
2. Sumpah RM 05.00
3. Notis @ Seorang RM 03.00

Penuh Ruangan

Bil.

Perkara

Bayaran

1. Permohonan RM 05.00
2. Pelan RM 05.00
3. Notis RM 03.00

Rosak

Bil.

Perkara

Bayaran

1. Permohonan RM 40.00
2. Pelan RM 05.00
3. Notis RM 03.00
 

PERKHIDMATAN KAUNTER

ANDA JUGA BOLEH BERURUSAN DIKAUNTER PADA WAKTU REHAT DARI JAM 01:00 TENGAHARI HINGGA 02:00 PETANG SETIAP AHAD HINGGA KHAMIS.


Back Home Next