Pantai Air Tawar

 

 


Secara amnya tarikan pantai merupakan sumber aktiviti pelancongan yang utama di Daerah Besut. Antara pantai-pantai sediada yang menjadi tumpuan pelancong dan pelawat ialah Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Dendong.

Antara aktiviti yang dijalankan di pantai-pantai tersebut adalah seperti perkelahan, mandi-manda dan bersiar-siar di persisiran pantai.

Kawasan peraginan ini sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap petang dan hujung minggu ataupun pada musim cuti.

Disini terdapat  kemudahan seperti Hotel, Chaley, Pondok Telefon, Gerai-Gerai Makanan, Taman Permainan kanak-kanak  dll.

Pada setiap tahun kawasan peraginan ini sentiasa diadakan Pesta Kebudayaan dan Kesenian bagi menyambut kedatangan para pelancong kesini.