PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT
TERENGGANU DARUL IMAN





DAHULU


Pejabat Daerah Tahun 1952

SEKARANG

Sekarang
Pejabat Daerah Besut Sekarang

GEOGRAFI DAERAH BESUT

Daerah Besut yang terletak ke Utara Kuala Terengganu dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Merangkumi 9.52 peratus daripada keluasan negeri. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Negeri Terengganu: Kuala Terengganu, kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru, Setiu dibentuk. Kini terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu. Di antara daerah-daerah ini, Hulu Terengganu mempunyai kawasan yang terluas iaitu hampir satu pertiga daripada keluasan Negeri Terangganu. 

KELUASAN TERENGGANU MENGIKUT DAERAH PERTADBIRAN

DAERAH

KELUASAN ( hektar )

PERATUS

Besut 123,367.8 9.52
Dungun 273,503.1 21.11
Hulu Terengganu 387,462.6 29.91
Kemaman 253,559.9 19.57
Kuala Terengganu 60,528.1 4.67
Marang 66,654.3 5.15
Setiu 130,436.3 10.07

JUMLAH

1,295,512.1 100.00

Topografi  daerah ini adalah landai disebelah utara dan beralun disebelah selatan. Keadaan fizikal ini telah menjadikan kawasan rendah sebagai lembah di lembangan Sungai Besut. Sebanyak 35.8 peratus daripada keluasan mempunyai ketinggian kurang daripada 20 meter. Kawasan berbukit diselatan mempunyai ketinggian melebihi 200 meter dan di kiri kanan sempadan daerah tersergam Banjaran Gunung Tebu dan Hutan Simpan Pelagat. Daerah ini diairi oleh Sungai Besut yang mengalir dari Hulu Besut hingga ke muara Sungai di Kuala Besut dan Laut China Selatan. Pusat Pentadbiran daerah Besut ialah di Kampung Raja. Pusat-pusat tumpuan utama ialah Jerteh dan Kuala Besut. Pusat-pusat kecil daerah pula terdiri daripada Bukit Payong, Pasir Akar, Kg. Renek, Jabi, Apal dan Tembila. Daerah ini mempunyai 16 mukim pentadbiran.  dan kawasan berhalangan  di daerah Besut berjumlah 113,241 hektar termasuk kawasan hutan, pertanian, perladangan, tapak bina dan saliran. Guna tanah daerah Besut dipecahkan kepada pertanian 33,089.6 hektar, bangunan 27,761.9 hektar, industri 517.5 hektar, rizab hutan 56,243 hektar, tanah kerajaan persekutuan 733.5 hektar dan lain-lain kegunaan 204 hektar.


Perutusan | Profil | Organisasi | Undang-Undang | Perkhidmatan | Lesen
Sosial & Ekonomi | Tender | Pelancongan | Kalendar
Statistik | Multilink | Berita Terkini