Make your own free website on Tripod.com



Hutan Lipur Lata Tembakah

 

 

Terletak di Hutan Simpanan Pelagat dalam daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24km dari jerteh dan 130km dari bandar kuala terengganu.

Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987. Ianya mendapat tarikan pengunjung - Pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat  disini seperti tumbuh-tumbuhan hutan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan berkelah sama ada secara bersendirian, bersama keluarga atau pun secara berkumpulan.

The Lata Tembakah Recreational Forest is located in the Pelagat Forest Reserve in the Besut District. Encompassing an area of 300 hecttares, the forest is situated approximately 24 kilometers from Jerteh and 130 kilometers from Kuala Terengganu.

The recreational forest was forest was first developer in 1987. It continues to appeal to visitors, local as well as foreign, due to its uniqui attractions such as the natural forest vegetation, a clear river and waterfalls with natural pools; all of which are suitable for picnicking purposes, whether individually, with family or in a group.

Ohter activities that visitor could indulge in here are swimming, camping, trekking and strolling.

AIR TERJUN

Hutan Lipur Lata Tembakah menawarkan kepada para penghujung sebuah air terjun 7 tingkat, yang mana peringkat yang paling tinggi adalah 50 meter. Ia juga mempunyai kawasan-kawasan yang airnya dingin dan jernih sesuai untuk bermandi-manda atau bermain-main. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan.

WATERFALL

The Lata Tembakah Recreational Forest offers Visitors with a spectacular waterfall of 7 stages, of which the highest is approximately 50 meters high. It also offers visitors cool and clear water in which to swim or splash around in. The natural beauty of the surrounding adds to the soothing and relaxing ambiance.

                 

 

 

 

 

BERKELAH

Terdapat tempat-tempat berkelah yang luas dan selesa di dalam kawasan Hutan Lipur Tembakah untuk tujuan berehat. Pondok-pondok berteduh, meja dan bangku rehat diletakkan di sepanjang kawasan perkelahan untuk kemudahan para pengunjung.

PICNICKING

There are many areas available for picnicking in the Lata Tembakah Recreational Forest which are suitable for individuals and families alike, to  unwind. Shelters, tables and benches are placed at several locations within the picnic areans for the visitors convenience.

 

BERKEMAH

Para pengunjung juga boleh berkemah disini. Terdapat beberapa kawasan berkhemah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti pondok-pondok memasak dan tandas awam.

 

CAMPING

Here, visitors can also camp-out. There are several camping areas equipped with the basic facilities including cooking sheds and public toilets.

 








MERENTAS DENAI HUTAN

Kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh merentas denai hutan asli yang luas dan cantik ini. Mereka akan kagum dengan kecantikan alam semulajadi di sini.

 

JUNGLE TREKKING

For those who thrive on advencure, they can go jungle trekking in the huge yet spectacular forest. They will be astonished by the natural beauty that are found here.

 

BERSIAR-SIAR

Untuk rekreasi yang sederhana, lorong-lorong jalan kaki dan juga tangga-tangga konkrit disediakan untuk kemudahan para pengunjung bersiar-siar di kawasan hutan lipur ini sambil menikmati udara nyaman.

 

STROLLING

For a milder form of exercise, footpaths and concrete steps were provided for visitors to stroll around enjoying clean and fresh air.

 

PENGINAPAN

Bagi pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam,  terdapat  6 unit chalet ( 1 bilik ) dan 1 unit rumah rehat ( 2 bilik ) yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur dan bilik mandi.

Kadar-kadar bayaran adalah:

1. Rumah rehat ( 2 bilik ) RM40.00 / malam.

2. Chalet ( 1 bilik ) RM30.00 / malam.

 

ACCOMMODATION

For  overnight visitors, they can choose to stay in one of the 6 chalets ( 1 room ) or in the rest house ( 2 rooms ) which are equipped with bedroom and bathroom.

The rates are as follows:

1. Rest house ( 2 room ) RM40.00 / night

2. Chalet ( 1 room ) RM30.00 / night

 

* Kadar sewa setengah hari tanpa bermalam adalah separuh dari kadar-kadar di atas.

* Day rates, not inclusive of overnight stay, will be charged at half of the above rates.