La Hot Spring


 

Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut  kira-kira  28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan "LA HOT SPRING" telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. 

 Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.

Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang  dengan  kehangatannya  mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Disini  juga terdapat "Wadding pool" bekas air hangat ( thermos ).