PEJABAT TANAH BESUT

 

PANDUAN BERURUSAN AWAM


BAHAGIAN PENDAFTARAN TANAH

Borang-Borang untuk urusan Urusniaga yang sering digunakan dibahagian ini adalah sebagaimana berikut :

BORANG 14A ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] )
( Seksyen 215,217,218 KTN )

Digunakan untuk pindahmilik tanah, bahagian atau pajakan kepada penama yang lain sama ada  melalui jualan, pemberian kasih sayang atau pertukaran lot.

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan diantaranya adalah Surat Keterangan Tanah, Surat Pelepasan sekatan kepentingan sekiranya tanah yang berkenaan mempunyai sekatan terhadap sekatan urusniaga, jika syarikat, Undang-Undang Tubuh (MAA),resolusi, Borang 49 dan nombor syarikat hendaklah dinyatakan.

Bayaran duti setem disempurnakan/dikecualikan dan disahkan oleh Timbalan Pemungut Duti Setem.

Tiada hasil tanah yang belum dijelaskan.

Bagi pindahmilik bahagian untuk tanah berkategori pertanian setiap bahagian hendahlah tidak kurang 2/5 hektar.
BORANG 16A  ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] )
( seksyen 242 KTN )

Untuk urusan pendaftaran suratcara urusniaga gadaian tanah bagi menjamin wang pokok daripada mana-mana pemegang gadai sebagaimana di Jadual II Enakmen Tanah Rezab Melayu NO. 17/1360.

Surat Pelepasan sekatan kepentingan sekiranya tanah mempunyai sekatan terhadap sebarang urusniaga.

Bayaran duti setem disempurnakan/dikecualikan dan disahkan oleh Timbalan Pemungut Duti Setem.

Cukai tanah semasa/tunggakan telah dijelaskan.
BORANG 16B  ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] )
( Seksyen 242 KTN )

Untuk urusniaga pendaftaran suratcara uruniaga gadaian tanah bagi menjamin wang semasa daripada mana-mana pemegang gadai selain daripada di Jadual II Enakmen Tanah Rezab Melayu NO. 17/1360. Lazimnya oleh orang-orang perseorangan/awam.

Surat Pelepasan sekatan kepentingan sekiranya tanah mempunyai sekatan terhadap sebarang urusniaga.

Bayaran duti setem disempurnakan/dikecualikan dan disahkan oleh Timbalan Pemungut Duti Setem.

Cukai Tanah semasa/tunggakan telah dijelaskan.
BORANG 16N  ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] )
( Seksyen 278 KTN )

Untuk Pendaftaran suratcara urusniaga melepas gadaian tanah setelah semua pinjaman dijelaskan oleh peminjam bagi pinjaman wang pokok (Borang 16A) ataupun bagi pinjaman wang bermasa (Borang 16B).
BORANG 16I  ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] )
( seksyen 265 KTN )

Untuk Pendaftaran suratcara urusniaga Perintah Jual Oleh Pentadbir Tanah iaitu suatu perintah keatas tanah/pajakan tanah yang di jual secara lelongan awam.

Bayaran duti setem disempurnakan/dikecualikan dan disahkan oleh Timbalan Pemungut Duti Setem.
BORANG 16F ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] )
( Seksyen 259 KTN )

Untuk pendaftaran suratcara urusniaga Pindah Jual Oleh Mahkamah iaitu suatu perintah keatas tanah/pajakan tanah yang di jual secara lelongan awam.

Bayaran duti setem disempurnakan/dikecualikan dan disahkan oleh Timbalan Pemungut Duti Setem.
BORANG 19B ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] )
( Seksyen 323 KTN )

Untuk pendaftaran bukan urusniaga Kaveat Persendirian.

Satu tegahan keatas kepentingan tanah yang dimasukkan oleh induvidu (orang perseorangan) / perbadanan untuk menjaga kepentingannya diatas tanah yang berkenaan.

Kaveat Perseorangan tidak boleh dimasukkan bagi sebahagian tanah seksyen 322 (1b) Kanun Tanah Negara.

Cetak dan hantar Notis 19A (Notis Mengenai Kemasukan Kaveat) kepada Pemohon, tuanpunya tanah dan pihak kepentingan yang lain (Pemegang Gadai -jika ada).

Surat Kaveat Persendirian jika tidak ditarikbalik (seksyen 325 KTN), dibuat permohonan pemotongan (seksyen 327 KTN) akan tamat pada pengakhiran 6 tahun dari masa ianya mula berkuatkuasa.
BORANG 9 (19H) ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] )
( Seksyen 326 KTN )

Bagi pebdaftaran bukan urusniaga permohonan untuk memotong kaveat persendirian yang dipohon oleh tuan atau orang-orang yang berkepentingan berdaftar keatas satu-satu kaveat yang telah mengikut akan tanah atau kepentingan tersebut.

Cetak dan hantar Notis 19C (Notis Berkenaan Dengan Cadangan Hendak Memotong Kaveat) kepada tuan tanah dan pihak berkepentingan berdaftar.

Pastikan Notis 19C diterima dengan Bukti Penyerahan (PS) yang perlu ditandatangani oleh penerima dengan menggungkan A.R Register.

Jika tiada bantahan untuk tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan Notis 19C (mengikut tarikh penerimaan di PS) permohonan bolehlah didaftarkan.
BORANG 9 (19G) ( contoh salinan borang [ 1 ] [ 2 ] )
( Seksyen 325 KTN )

Bagi pendaftaran bukan urusniaga untuk notis permohonan menarik balik kaveat persendirian oleh orang / perbadanan yang memasuki kaveat.

Permohonan menarik balik kaveat persendirian boleh dibuat pada bila-bila masa oleh orang / perbadanan yang memasuki kaveat dengan disertakan yuran pendaftaran yang telah ditetapkan.

Memberi notis dari hal penarikan balik kepada orang atau perbadangan yang mana tanah atau kepentingan yang dahulunya tarikan oleh kaveat tersebut.


Back Home Next