PEJABAT TANAH BESUT

 

PANDUAN BERURUSAN AWAM


LESEN MENDUDUKI SEMENTARA

Lesen Menduduki Sementara hanyalah Permohonan setempat tanah bagi diusahakan oleh pemohon tanah diluluskan sementara waktu sahaja.

Lesen Menduduki Sementara ini hanya untuk milikan selepas tiga tahun sambungan / diusahakan bagi tanaman padi sahaja.

Tempoh LMS akan berakhir pada 31 Disember tahun berkenan sahaja.

Pemegang lesen perlu membuat sambungan sebaik-baiknya pada awal tahun.

Cara Memohon

Bil.

Perkara

1. Setiap Pemohon perlu mengisi dua salinan Borang Permohonan PTG.T.01 / 87.
2. Menyediakan pelan kedudukan dan ikatan lot-lot yang bersempadan dengan LMS yang dipohon.
3. Pemohon hendaklah membuat permohonan dihadapan PTD / PPTB.

 

Permohonan Sambungan
Bil.

Perkara

1.

Pemegang LMS perlu mengisi Borang PTG.T.02 / 87 dalam dua salinan.

2.

Mendapatkan Pengesahan / Laporan Penghulu Mukim.

3.

Menyerah Borang sambungan Bersekali dengan LMS ( Borang 4A ) seksyen 67.

Urusan Pentadbiran

Siasatan permohonan akan diedarkan kepada Pegawai Petempatan untuk dibuat siasatan.

Pandangan Jabatan Teknikal akan diminta untuk menentukan kesesuaian tanah.

Jabatan Teknikal yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah.

LMS ( Lesen Menduduki Sementara )

Bil.

Jenis

1. Padi
2. Street Stall
3. Perusahaan


LMS Hiburan

Bil.

Jenis

1. Setiap permohonan bayaran dikenakan : RM 50.00 keatas

Kelulusan / Penolakan

Pemohon akan diberitahu keputusan permohonan LMS tersebut.

PERKHIDMATAN KAUNTER

ANDA JUGA BOLEH BERURUSAN DIKAUNTER PADA WAKTU REHAT DARI JAM 01:00 TENGAHARI HINGGA 02:00 PETANG SETIAP AHAD HINGGA KHAMIS.

Back Home Next