PEJABAT TANAH BESUT

 

PANDUAN BERURUSAN AWAM


PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN
( Sek. 135 & 140 KTN )


Permohonan hanya kepada Hak Milik akhir (Geran, PN, GM & PM) dan sambungan dari Hak Milik akhir sahaja.

Pecah Sempadan ialah memecah Satu Lot Tanah kepada lebih daripada satu lot tetapi tidak merubah bahagian hak kepunyaan tuan tanah.

Pecah Bahagian ialah memecah satu lot kepada lebih daripada satu lot tetapi mengikut bahagian masing-masing yang dipersetujui.

Bagi Tanah Pertanian setiap lot yang hendak dipecahkan mestilah tidak kurang daripada 0.4047 hakter atau satu ekar.

Bagi Tanah Bangunan tiada had yang ditentukan tetapi bergantung kepada kesesuaian bangunan.

Permohonan Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian mestilah dibuat melalui Jurukur Berlesen.


Permohonan Pecah Sempadan

Bil.

Perkara

1. Borang 9A (Permohonan)
2. Pelan 16 keping
3. Carian Resmi (Jadual 4)
4. Hasil Tahunan.


Permohonan Pecah Bahagian

Bil.

Perkara

1. Borang 9B (Permohonan)
2. Pelan 16 keping
3. Carian Resmi (Jadual 4)
4. Hasil Tahunan
5. Surat Akuan Tuan-Tuan Tanah


Setiap permohonan dan Pelan cadangan pecahan dan Borang 9A / 9B mestilah ditandatangani sebagai persetujuan oleh tuanpunya tanah dihadapan PTB / PPTB.

Urusan Pentadbiran

Setiap permohonan akan dihantar kepada Jabatan Teknikal yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan ( JKR, Perancangan Bandar & Desa dan Majlis daerah ).

Kelulusan Hak Milik Pejabat Tanah

Kuasa melulus ialah Pentadbir Tanah Besut.

Kelulusan Hak Milik Pendaftar

Kuasa melulus ialah Pengarah Tanah & Galian.


Cara Memohon
Bil. Borang Bayaran
1. Borang Permohonan 9A RM 50.00
2. Borang Permohonan 9B RM 40.00
3. Borang Resmi ( Jadual 4 ) RM 20.00


Kelulusan

Bil. Borang Bayaran
1. Pendaftaran Hak Milik sementara RM 20.00
2. Pendaftaran Hak Milik Kekal RM 20.00
3. Harga Pelan RM 05.00


Piagam Pelanggan

Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian
Di bawah Kuasa Pentadbir Tanah Besut dalam masa empat bulan.
( Tidak termasuk mana-mana tanah yang melibatkan penukaran syarat ).

PERKHIDMATAN KAUNTER

ANDA JUGA BOLEH BERURUSAN DIKAUNTER PADA WAKTU REHAT DARI JAM 01:00 TENGAHARI HINGGA 02:00 PETANG SETIAP AHAD HINGGA KHAMIS.

Back Home Next