SEBUT HARGA

Perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM20,000.00 hingga RM50,000.00 setahun, dikehendaki mempelawa sebutharga  sekurang-kurangnya lima (5) pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor.

 

SEBUTHARGA BEKALAN, KERJA DAN PERKHIDMATAN

BEKALAN:

Perolehan bekalan mana-mana satu item atau kelas item yang berkaitan melibatkan perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM50,000.00 hendaklah dibuat dengan mempelawa sebutharga.

KERJA:

Perolehan kerja yang bernilai lebih daripada RM20,000.00 tetapi tidak melebihi RM50,000.00.

PERKHIDMATAN:

Perolehan perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM20,000.00 dan tidak melebihi RM50,000.00 setahun hendaklah dibuat mempelawa sebutharga.

BORANG SEBUTHARAGA:

Sebutharga dipelawa dengan menggunakan borang Lampiran kepada Arahan perbendaharaan bagi bekalan dan perkhidmatan. Bagi kerja, Borang/ Format diubah mengikut keperluan jabatan.

KELAYAKAN SEBUTHARGA:

Dokumen perlu diedar kepada syarikat berdaftar, pusat khidmat kontrator, bertaraf Bumiputra dalam kelas dan kepala yang berkaitan.

TENDER

PERATURAN / HAD NILAI TENDER:

Semua perolehan sama ada kerja, semua atau perkhidmatan yang melebihi RM100,000.00 setahun dipelawa secara tender.

KERJA / TENDER KERJA DIPELAWA:

Memperuntukan sekurang-kurangnya 30%  daripada nilai kerja tahunan khas untuk ditandingi dikalangan kontraktor Bumiputera sahaja dan dibawah RM100,000.00. ( Dikhaskan kepada Kontraktor Bumiputra dengan semua perolehan kerja sebanyak RM100,000.00).

BEKALAN:

Perolehan tidak melebih RM100,000.00 dipelawa untuk syarikat Bumiputra sahaja.

PERKHIDMATAN:

Perolehan tidak melebih RM100,000.00 dipelawa untuk syarikat Bumiputra sahaja.

 

Perutusan | Profil | Organisasi | Undang-Undang | Perkhidmatan | Lesen
Sosial & Ekonomi | Tender | Pelancongan | Kalendar
Statistik | Multilink